Friday, June 29, 2012

Hikmah Bangun Awal Subuh - Teori Sains



Menurut Ahmadie Thaha (1983: 141) faedah bangun pagi, antaranya :

1. Pada waktu subuh, gas ozon (O3­­) memenuhi sebahagian besar udara kita.

Jumlah gas itu semakin berkumpul dengan munculnya matahari.

Kita akan merasakan nikmat apabila menghirup udara pagi, kerana udara pagi ni mengandungi jumlah ozon yang banyak.

Gas ozon sangat berguna bagi organ saraf, membuatkan kita semangat bekerja, fikiran tidak bercelaru dan anggota tubuh menjadi cergas.

Tak ada waktu yang sesuai untuk kita dapat menikmati udara yang nyaman selain waktu pagi.

2. Sinar matahari pagi, mengandungi warna merah dan warna ungu memberikan pengaruh tersendiri bagi semangat kerja urat saraf, sedangkan sinar ultra violet amat bermanfaat bagi kulit di dalam proses penghasilan vitamin D.

3. Bangun pagi juga dapat mengurangkan waktu tidur.

Orang yang tidur lama dalam satu waktu, akan menghidapi penyakit hati, khususnya penyakit atherosclerosis, sesak nafas.

4. Pada waktu pagi, jumlah kortozon yang terdapat dalam darah mencapai puncaknya, sekitar 7-22 mikrogram/100 ml plasma.

Sedangkan pada siang hari hanya kurang dari 7 mikrogram/100 plasma.

Kortozon merupakan zat yang menguatkan proses metabolisme.

Sejauh mana kebenaran sumber ini lebih baik anda semak dahulu.

Tetapi dengan perkongsian ini harap dapat memberi sedikit motivasi untuk terus bangun awal kerana Rasulullah SAW pernah berdoa.

“Ya Allah berkatilah umatku selama mereka senang bangun Subuh.”

(HR Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah).

Dan orang2 tua sendiri sering berpesan "bangun awal murah rezeki"....

Wallahu A'lam..

Tuesday, June 26, 2012

PEMBUNUHAN UMAT ISLAM ROHINGYA DI MYANMAR



Kenyataan Media Bersama

SHURA dan MAPIM
10hb Jun 2012

SHURA , MAPIM KUTUK SEKERASNYA PEMBUNUHAN UMAT ISLAM ROHINGYA DI MYANMAR 

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.

Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.

Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.

Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.

Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.

Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.

Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.

Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

Setakat ini , berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.

Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar, iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.

Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan, Myanmar .

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan , pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.

Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.

Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.

Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA

Mohd Azmi Abdul Hamid
Setuausha Agong MAPIM
 

Sunday, June 17, 2012

Tahukah anda bahawa Jaguh Kungfu Terhebat China Wong Fei Hung adalah seorang Muslim?


Wong Fei Hung. Pahlawan Islam dari China.

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei Hung dipegang oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?
Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Pengobatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.
Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu pengobatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.
Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.
Pasien klinik keluarga Wong yang meminta bantuan pengobatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar biaya pengobatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pasien yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pamrih.
Secara rahasia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.
Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarinya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung sukses melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang legendaris. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang lolos dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.
Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepang), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.
Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli pengobatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus.
Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berhasil menghajar lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karena ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.
Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya wafat, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri.
Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.
Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.
Wong Fei-Hung wafat dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Alah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amin.

Friday, June 15, 2012

Sepuluh Ceritera Menjelang Ramadhan




SATU

“Kita nak sambut raya pulakah ummi…?”

Suara anak kecil itu meminta kepastian daripada ibunya mengenai kedatangan Aidilfitri. Senyuman si ibu sambil membelek-belek kain-kain yang bakal dijadikan baju raya untuk anak-anak sudah menjadi jawapan.

“Tapi…, sebelum raya kena puasa dulukan? Tak bestlah ummi..!”

Begitulah anak kecil. Kalau boleh biarlah Ramadhan tidak muncul dan yang muncul hanyalah Syawal. Hari raya adalah segala-galanya bagi mereka, baju baru, duit raya, kueh raya, balik rumah opah dan banyak lagi.

Adakah kita yang sudah bukan anak kecil ini begitu juga?

Dilaporkan bahawa Umar bin al-Khattab berkata pada penghujung Syaaban, “Selamat datang wahai pembersih diri kami daripada dosa…”
* * * * *

DUA

Menjelang petang, tumpuan orang ramai adalah pasar Ramadhan. Semua jari tangan tergantung karung-karung berisi makanan dan minuman. Pada pandangan mata, semuanya sedap dan terasa tidak mencukupi.

“Besok kita nak berbuka dengan apa pula ya…?”

Tanya isteri ketika waktu Maghrib sudah semakin masak.

“Ha, kalau ada…. tentu sedap”.

Suami pula seperti belum mahu berganjak dari meja makan.

Patutkah sikap begini diteruskan?

Diriwayatkan bahawa, Abdullah bin Umar tidak pernah berbuka puasa kecuali bersama fakir miskin. Apabila ada orang yang meminta makanan daripadanya, beliau memberikannya. Beliau makan apa sahaja yang ada sehingga ada ketikanya beliau berpuasa dalam keadaan tidak makan apa-apa pada malamnya.
* * * * *

TIGA

“Masjid kampong kita imam baca panjang atau pendek…?”

Sambil menyelak helaian akhbar harian, dia bertanya rakannya.

“Entah, aku sembahyang di masjid hujung sana. Setengah jam siap semua. Nak ikut… boleh!”

Ada orang menghabiskan malam-malam Ramadhan dengan bersembang kosong bersama rakan-rakan di ‘port-port’ yang terpilih. Siangnya pula, dihabiskan dengan tidur. Malam sembang, siang tidur.

Bagi yang bekerja, waktu-waktu senggang dihabiskan dengan berbual kosong. Lebih teruk lagi kalau ‘makan daging saudara sendiri yang telah mati’.

Adakah itu sudah menjadi tradisi?

Dilaporkan, apabila menjelang Ramadhan, Imam Malik menutup kitab-kitabnya dan tidak lagi berfatwa. Beliau memberikan sepenuh tumpuan kepada al-Quran. Ibnu Hajar menceritakan, Imam Syafie menghatamkan al-Quran pada bulan Ramadhan sebanyak enam puluh kali. Begitu juga dilaporkan bahawa, al-Bukhari mengkhatamkan al-Quran sebanyak tiga puluh kali. Pada bulan biasa, Imam Ahmad mengkhatamkan al-Quran sekali seminggu. Menjelang Ramadhan, beliau mengkhatamkan al-Quran dua kali seminggu.
* * * * *

EMPAT

“Akulah tuhan kamu yang maha tinggi…”

Bentak Firaun kepada para pengikutnya. Mereka dipaksa menyembahnya. Orang yang melawan akan dihukum bunuh.

Perasaan rendah diri terhasil dengan kelaparan. Orang yang tidak pernah lapar, sukar merendah diri. Orang yang sentiasa kenyang sukar memahami makna kesusahan.

Setahun sekali, kita memasuki sekolah latihan merendah diri, sekolah Ramadhan. Inilah sekolah yang diasaskan oleh Islam yang telah melahirkan mereka yang menguasai dunia dengan kekuatan sifat rendah diri, bukan dengan kekuatan kesombongan.

Bukankah Firaun dimusnahkan selepas dia mempromosikan kesombongannya di hadapan nabi Musa?

Dilaporkan, Umar bin Abdul Aziz mendapat berita bahawa anaknya telah membeli sebentuk cincin berharga seribu dirham. Beliau menulis sepucuk surat kepada anaknya, “Aku mendapat berita bahawa kamu membeli sebentuk cincin berharga seribu dirham. Apabila sampai kepadamu suratku ini, kamu hendaklah menjual cincin itu. Belanjakan wang itu untuk membeli makanan kepada seribu orang yang kelaparan. Belilah cincin besi yang berharga dua dirham sahaja dan ukir di atasnya ungkapan ini, Allah merahmati seseorang yang mengetahui kedudukan dirinya.”
* * * * *

LIMA

“Banyak borong…!”

Sapa seorang wanita kepada temannya.

“Oh…, semua ni bahan untuk buat kueh raya. Raya dah dekat, entah sempat entah tidak…”.

Semakin dekat dengan hari raya, malam-malam Ramadahan juga semakin meriah. Sebahagian orang memeriahkannya dengan acara menyediakan kueh raya. Tidak kurang juga yang memeriahkannya dengan peningkatan ibadah kepada Yang Maha Berkuasa.

Dengan apakah sepatutnya malam-malam terakhir Ramadhan diisi?

As-Sa’ib Ibnu Yazid melaporkan, Umar bin al-Khattab mengarahkan Ubai bin Ka’ab dan Tamim ad-Dariy supaya mengimamkan orang ramai dalam solat pada bulan Ramadhan. Mereka membaca surah-surah yang panjang sehingga kami perlu bertopangkan tongkat untuk berdiri kerana terlalu panjang. Kami tidak berhenti bersolat sehingga hampir-hampir fajar.”

Abdullah bin Abu Bakar as-Siddiq meriwayatkan, bapaku berkata, “Kami hanya berhenti beribadat pada bulan Ramadhan ketika para khadam terpaksa bergegas-gegas menyediakan makanan untuk bersahur kerana bimbangkan kemunculan fajar.”
* * * * *

ENAM

“Tak laratlah nak berdiri lama-lama…! Buat pendek-pendek sudahlah”.

Getus seorang lelaki separuh umur sambil menyarung selipar.

“Kita dah tua, mana larat nak buat panjang-panjang…!”

Besoknya, dia menyambung cerita bila ditanya sebab dia terlalu awal meninggalkan solat terawikh di surau.

Bolehkah faktor usia dijadikan alasan untuk mengurangkan ibadah?

Dilaporkan oleh Asma’ bin Ubaid, beliau bersama Said bin Amir masuk menemui Abi Raja’ al-A’taridiy yang berusia 130 tahun. Beliau berkata, “Mereka menemuiku, mengangkatku kerana badanku yang kurus dan meletakkanku di tempat imam. Aku bacakan di dalam solatku bersama mereka pada bulan Ramadhan, setiap rakaat tiga puluh atau empat puluh ayat.
Bahkan diceritakan, Abu Raja’ mengkhatamkan al-Quran di dalam solat pada bulan Ramadhan setiap sepuluh malam.
* * * * *

TUJUH

Tidur pada siang hari pada bulan Ramadhan dikira ibadat khususnya kepada mereka yang puasanya terdedah kepada kerosakan jika dia berjaga.

Tapi ada juga orang yang menghabiskan siang dengan tidur dengan alasan letih berpuasa. Justeru, dia akan terlepas peluang untuk meningkatkan ibadah khusus kerana ‘ibadah’ tidur.

“Huh… panas betullah hari ini. Nak minum pun tak boleh…”

Ada orang merungut begitu.

Betulkah puasa menghalang tugas?

Peperangan Mu’tah berlaku pada bulan Jamadil Awal. Ibnu Kathir melaporkan, Abdullah bin Rawahah mengetuai peperangan Mu’tah dalam keadaan berpuasa.

Abdullah bin Rawahah berkata, “Bawakan kepadaku seketul tulang. Aku ingin ikatkan diperutku untuk menahan lapar”.

Selepas itu, beliau diberikan sepotong daging. Sambil memandang matahari, beliau bertanya, “Adakah matahari sudah terbenam?”

Beliau berbuka puasa di atas belakang kuda, mengetuai peperangan besar dalam keadaan nyawa berada di hujung pedang.

Beliau adalah pemimpin ketiga yang syahid dalam medan peperangan itu selepas Zaid bin Harithah dan Jaafar bin Abi Talib.
* * * * *

LAPAN

Gastrik, penyakit yang menjadi alasan sebahagian orang untuk meninggalkan puasa Ramadhan.

“Aku bukan tak nak puasa, tapi aku tak boleh lapar. Aku ada penyakit…!”

Kalau betul, orang itu tetap terikat dengan hukum meninggalkan puasa pada bulan Ramadhan kerana sakit. Kalau dia berbohong, dia berdosa kerana berbohong dan berdosa kerana meninggalkan perkara fardu.

Sanggupkah kita mensia-siakan anugerah Ramadhan yang sangat berharga itu?

Dilaporkan, seorang pemimpin dalam kerajaan Umawi bernama Rauh bin Zanba’ dalam perjalanan melalui padang pasir untuk menunaikan umrah. Ditengah-tengah perjalanan, beliau bertemu seorang arab badwi yang sedang mengembala kambing.

“Wahai A’raby, mari ke sini makan bersamaku”, pelawa Rauh bin Zanba’.

“Ada orang lain yang lebih mulia daripada kamu mempelawaku”, jawab arab badwi itu.

“Siapa?” Rauh memohon kepastian.

“Allah, Tuhan semesta alam”, tegas arab badwi itu.

“Macam mana?” Rauh kehairanan.

“Aku sedang berpuasa dan aku hanya berbuka untuk-Nya sahaja”, jawab arab badwi itu.

“Tidak mengapa. Kamu berbuka sekarang, besok kamu berpuasalah lagi”, desak Rauh.

“Adakah kamu boleh menjamin bahawa besok aku akan hidup lagi?” soal arab badwi itu.

“Kamu mengambil berat terhadap hari-hari kamu, sedangkan kami pula mensia-siakannya”, jawab Rauh dengan tersedu-sedan.
* * * * *

SEMBILAN

“Ya Rasulallah, pakaian ini hamba jahitkan khusus untuk tuan. Terimalah…”.

Wanita ini begitu teruja menghadiahkan sehelai pakaian jahitan tangannya sendiri untuk insan yang paling disayanginya. Dirinya seakan-akan melayang ke langit apabila pakaian itu diterima dan dipakai oleh baginda, makhluk paling agung di dunia dan di akhirat.

“Ya Rasulallah, berikan pakaian itu kepadaku…”

Rasulullah saw memasuki rumah baginda, menanggalkan pakaian yang dihadiahkan oleh wanita tadi dan memberinya kepada lelaki yang meminta itu.

“Apa yang kamu buat ni…? Rasulullah telah memakai pakaian itu, baginda memerlukannya. Mentang-mentanglah kamu tahu baginda tidak pernah mengecewakan orang yang meminta, kamu memintanya daripada baginda?”

Para sahabat melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap lelaki itu. Mereka tahu, mintalah apa sahaja daripada nabi, baginda akan memberinya. Baginda sangat pemurah melebihi angin yang berhembus.

“Demi Allah, aku tidak memintanya daripada baginda kecuali pakaian ini akan aku jadikan kafanku”.

Benar, pada hari kematiannya, lelaki itu dikafankan dengan kain yang pernah menyentuh tubuh baginda yang mulia. Alangkah beruntungnya lelaki itu.

* * * * *
SEPULUH

Ingin sekali perkara itu ditanyakan kepada bondanya, namun dibimbangi bondanya berkecil hati. Beliau faham, bagi bonda, walau pun seperit mana kehidupan yang ditempuh bersama buya, bonda sangat berbangga kerana buya hidup sebagai pejuang.

Tiada sesaat pun hidup buya, tiada sekalimat yang terpancar dari mulut buya, tiada selangkah buya bergerak kecuali semuanya demi perjuangan untuk meninggikan kalimah Allah.

“Bonda, mengapa jari telunjuk buya bergerak-gerak sepanjang masa? Buya seperti menulis sesuatu. Apakah masalah buya?”

Akhirnya, setelah kewafatan Buya Hamka, si anak tidak dapat menahan lagi gejolak jiwanya. Akhirnya soalan itu terpacul jua dari bibirnya.

“Anakku, buyamu menulis kalimah Allah dengan jarinya. Itulah zikirnya sepanjang hayatnya”.

* * * * *
 
Copyright © 2010 Masaknya Padi. All rights reserved.
Blogger Template by