Malam Ahad yang lalu kita disajikan dengan perlawanan yang agak menarik antara pasukan Kedah dan Kelantan.Pada awalnya perlawanan ini dikira agak menghiburkan malangnya beberapa keputusan pengadil perlawanan iaitu Sukri Nor dilihat sedikit sebanyak menganggu kerancakkan perlawanan.Jumlah kad kuning yang dilayangkan diikuti 2 kad merah sudah cukup untuk menceritakan ketidakwibawaan pengadil perlawanan.Apa yang lebih malang lagi peruntukkan masa kecederaan begitu panjang iaitu sebanyak 8 minit lebih sebelum wisel akhir ditiup amat jarang atau mungkin tak pernah berlaku dalam sejarah bolasepak.Sepanjang hidup dan seingat saya dalam beberapa siri piala dunia pun pengadil tidak pernah bermurah hati memberikan masa selama itu. Hari ini pengadil keluaran mereka telah berjaya mencipta rangking baru sebagai pengadil yang julung-julung kalinya berani lagi bermurah hati memberikan tambahan masa yang tak masuk akal ini.
Sebagai penyokong dan peminat bolasepak tanah air kita amat mengharapkan mutu pengadilan pada masa akan datang dapat ditingkatkan lagi.Barangkali kursus dan metedologi pemilihan pengadil harus dinilai semula.Jangan tengok yang kuat lari sahaja.kalau ini kreterianya kita tak akan ke mana kerana menjadi pengadil yang baik bukan sahaja kena lari kuat tapi bijak membaca perlawanan, pintar dalam membuat keputusan serta berani menghadapi gangguan penonton agar tidak membuat keputusan dengan harapan dapat mengambil hati desakan penonton pasukan tertentu.contohilah pengadil terdahulu seperti Nazri Abdullah , Subkidin beberapa tokoh pengadil berwibawa yang lain.
Angah dapat Straight A dalam SPM 2022/23
-
Antara perkara yang indah sebagai seorang ibubapa adalah apabila anak-anak
menghadiahkan pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.
Alhamdulillah Syuk...
1 year ago
0 comments:
Post a Comment