King
Kalākaua of Hawai'i--an independent kingdom at that time-- founded one of the earliest
nationalist newspapers in the Pacific. Ka Hōkū o Ka Pakīkīpa (The Star of the
Pacific), which as the name suggest was nationalistic, progressive and
Pan-Pacific. In 1879, he authored a bill in the Hawaiian parliament--the first
democratically elected national parliament in Austronesia--to formally declare
Hawai'i as an Asiatic Malay state and went around the world in 1881 making
visits to Japan, China, Malaysia, Singapore, Thailand, and India. King Kalākaua
through discussions with Maharajah Sultan Abubakar bin Tuan Ibrahim of Johor,
Malaysia, began to formulate the idea of "Pan-Malay Unity" and
discussed the idea of a federation to combat colonialism.---tamat. Sejarah
kesatuan “Dunia Berbahasa Melayu” http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm
KISAH fenomena Melayu bersambung. Telah dinyatakan adanya: Realisasi yang
paling nyata daripada mimpi lama ialah wujudnya kesatuan “Dunia Berbahasa
Melayu” ya ng harus diperteguhkan. Demikian disuarakan oleh Profesor Ismail
Hussein dalam syarahan perdana di Universiti Kebangsaan Malaysia pada suatu
masa lampau ketika menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan UKM pada bulan Mei
1970. Selanjutnya dihuraikan: Semenanjung Melayu adalah satu-satunya daerah di
bumi Ilahi ini yang mengambil nama “Melayu”. Ini tanah asal bahasa dan
kebudayaan Melayu yang intim di samping “Tanah Melayu” yang lain, iaitu pantai
timur dan selatan Sumatera. Semenanjung Melayu ditakdirkan terletak antara
benua dan kepulauan, ia seolah-olah dikepung oleh Dunia Melayu yang cukup
berbeza sejarahnya, yang satu telah mengalami kekalahan, yang lain sedang
menuju kemenangan. Sempadan Dunia Melayu yang di benua, iaitu di antara
dahulunya merangkumi selatan Vietnam dan Kemboja dan juga seluruh wilayah
segenting kara hinggalah ke daerah Selatan Burma. Dunia Melayu yang di selatan
berkembang, gagah sebagai negara-negara kebangsaan yang baru, iaitu Indonesia,
Brunei Darussalam dan Filipina. Bangsa Melayu di Malaysia yang terkepung di
tengah dua dunia itu, hidup terumbang-ambing antara kekalahan dan kemenangan
dan memberikannya dinamik yang luar biasa. Dicatatkan oleh Ismail Hussein
selanjutnya ialah beberapa peristiwa berkaitan dengan dunia Melayu: * Dalam
tahun 1879 Parlimen Hawaii di Honolulu telah membincangkan kemungkinan
penyatuan Dunia Melayu-Polinesia yang luas. * Sembilan tahun selepasnya (1898)
Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya” dengan gagasan
yang sama. * Muncul di Filipina ialah wiranya yang terbilang, Jose Rizal yang
diberi nama jolokan “The Pride of the Malay Race” atau “The Great Malayan”. *
Berikutan ialah peranan Wancelao Vinzons yang menyampaikan pidato bersejarah
“Malaysia Irredenta” yang memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa Melayu -
Polinesia. Waktu itu beliau berusia 22 tahun dan seorang pemuja Rizal. Beliau
selanjutnya mengarang buku mengenai “History and civilization of Southeast
Asian countries belonging to the Malay race”. Di samping itu di Indonesia ialah
peranan Muhammad Yamin, berasal dari Talawi. sebuah kampung kecil di Sumatera
Barat. Menurutnya “Selat Melaka ialah corong kepulauan kita, Malaya ialah
batang leher kepulauan Indonesia daerah yang delapan. Menceraikan Malaya dari
Indonesia dalam perhubungan internasional”. Keagamaan Pada peringkat akhir
syarahan perdananya Ismail Hussein menyebut: Dunia Melayu ini penuh keragaman
dari segi keagamaan, kebudayaan, kesenian serta adat resam, tetapi di bawah
keragamannya itu selalu terasa ada kesatuan yang mengikutnya”. Dalam kertas
kerjanya pula berjudul The Study of Malay Literature, Ismail Hussein menyebut
mengenai kira-kira 2,000 manuskrip asli Melayu dihantar ke Eropah kebanyakannya
untuk perpustakaan-perpustakaan Inggeris dan Belanda. Lanjutan kisah ialah
karya berjudul Malay, World Language of the Ages oleh Profesor James T.
Collins, yang mengkaji bahasa dan pelbagai loghat Melayu di seluruh Asia
Tenggara. Beliau menyebut antara lain mengenai kerajaan Melayu Melaka pada abad
ke-15 memeluk agama Islam. Ketika itu Melaka mempunyai kira-kira 200,000 penduduk
dan berupa kota terbesar di Asia Tenggara. Kerana kaitan dengan Islam, tulisan
Jawi menjadi bahan utama penulisan Melayu. Pada 10 Ogos 1511, Melaka jatuh ke
tangan Portugis yang kemudian meranapkan masjid-masjid serta istana-istana
untuk mengubah segalanya. Namun, pada tahun 1522 kamus Melayu terbit hasil
usaha seorang peniaga bangsa Itali, bernama Antonio Pigafetta. Antara contoh
kata-kata: Melayu 1522, Apenomaito?, Tida tahoSudah Macan, Melayu 1996, Apa
nama tu?, Tidak tahu, Sudah makan?, Melayu 1534, Baparim de Pungor, Ange’ dia
malu, Sita pa tau dor, Melayu 1996, Berperang di Punggur, Nggak dia malu,
Setapak tak undur. Juga catat ialah surat tulisan Jawi dari Sultan Brunei pada
tahun 1599 kepada Gabenor Manila setelah diserang oleh tentera Sepanyol. Surat
tersebut masih disimpan di Sepanyol. Mendapat perhatian ialah peranan seorang
Paderi Kristian, Francisco Javier di Melaka setiba pada tahun 1545. Beliau
mempelajari bahasa Melayu hingga boleh menterjemah ayat-ayat sembahyang
penganut Katolik. Beliau mengadakan pelajaran-pelajaran agama Kristian dalam
bahasa Melayu. Pada tahun 1632, bahasa Melayu digunakan dalam mahkamah-mahkamah
pemerintahan Belanda di Ambon. Seorang bangsa Maluku beragama Kristian, Jan
Paijs menjadi petugas mahkamah menulis kenyataan-kenyataan dalam bahasa Melayu
tulisan rumi. Surat-surat berumur 364 tahun itu masih disimpan di negeri
Belanda. Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca di Batavia semasa
pemerintahan Belanda. Pada tahun 1856, suratkhabar bahasa Melayu terbit di Surabaya
untuk keperluan ahli-ahli perniagaan. Menjelang akhir abad ke-19, akhbar-akhbar
Jawi dan Rumi terbit dipelbagai tempat Gugusan Kepulauan Melayu (Malay
Archiplago). Semasa tentera Jepun menyerang dan menewaskan bala tentera British
di Malaya dulu, pegawai-pegawai tentera Jepun membawa kamus Malay-English
susunan Wilkinson, tulisan Rumi. Menurut Profesor Collins, sepanjang sejarah
1,300 tahun bahasa Melayu telah menerima kata-kata bahasa Arab, Sanskrit,
Portugis dan Belanda. p/s Selak buku sejarah sekolah,siapa yang menamakan tanah
melayu ini dengan nama Malaysia? Sekadar memberitahu bahawa nama Malaysia sudah
di gunakan sebelum Merdeka lagi. (sejarah yang di pesongkan)sedangkan Filipina
juga pernah menuntut nama Malaysia ini.
Sumber dari: http://kiff-isme.blogspot.com/2012/04/sejarah-kesatuan-dunia-berbahasa-melayu.html
Sumber dari: http://kiff-isme.blogspot.com/2012/04/sejarah-kesatuan-dunia-berbahasa-melayu.html