Sunday, May 6, 2012

KEDAH TEWAS LAGI



Semalam menyaksikan malam yang cukup derita buat peminat dan penyokong Kedah. Apa tidaknya mendahului 2-0 tiba-tiba di separuh masa kedua Kelantan bangkit dengan membalas jaringan yang sama.Separuh masa pertama menyaksikan nKedah bermain cukup baik dengan serangan demi serangan yanhg cukup membahayakan.begitu juga barisan pertahanan kukuh mempertahan kota mereka.Namun pada separuh masa kedua segala-galanya berubah kesilapan demi kesilapan bodoh dilakukukan hingga mengakibatkan kita dibolosi.Kedah sememangnya pasukan yang sering kalah dengan mengulang skrip yang sama.Pertahanan yang leka membiarkan Obinna menanduk dengan bebas tanpa gangguan manakala pertahanannya sibuk pakat nak jadi penjaga gol.Gol kedua pula disebabkan penjaga gol yang sering hilang focus hingga mengakibatkan berlakunya  kesilapan yang tidak patut dilakukan terutamanya penjaga gol yang berpengalaman.Helmi tidak perlu keluar meluru kerana masih ada pemain pertahanan di hadapannya.Kalau ini tidak terjadi pasti bola yang disepak Mohamad Ghaddar tidak akan menerjah jaring.Sepakannya lemah pasti boleh diselamatkan.
                Helmi sememangnya penjaga gol yang memiliki kemahiran yang baik namun sering melakukan kesilapan bodoh.Inilah masalah beliau.kesilapan ini dapat dilihat sewaktu mewakili Negara suatu ketika dahulu, perlawanan Kedah dan Kelantan dalam liga Super ketika dipermainkan oleh penyerang import Kelantan menyebabkan Kedah tewas teruk.
                Kelemahan jurulatih juga menjadi factor kegagalan Kedah.Wan Jamak dilihat gagal membaca perlawanan, menilai pemain dan ketika menggunakan strategi sesuai.Beliau patut tahu Kelantan adalah pasukan yang sentiasa menyerang lebih-lebih lagi ketika mereka tidak diancam.Peluang ketika Kedah bertahan digunakan sepenuhnya Kelantan dengan memanfaatkan kelebihan yang ada.Hasilnya Kedah berputih mata.Jika dibandingkan dengan pasukan Kelantan Kedah mempunyai banyak kelemahan terutamanya keupayaan pemainnya.Kemasukan Fikri mengantikan Amar mnyebabkan kehancuran jentera tengah. Tengah menjadi kosong didominasi sepenuhnya oleh Kelantan.Pertukaran Sabri Abu dengan Fazal juga merupakan langkah yang kurang bijak.Sabri yang bermain begitu cemerlang semalam tidak harus digantikan apakah Wan Jamak nak simpan Sabri untuk Final?Layakkah ?Yakin sungguh beliau.Import Kedah semalam yang tidak bermaya melengkapkan lagi episode sedih ini.
                Pendek kata kalau kedah nak menang kena keluar duit sikit belanja cari pemain yang baik-baik,pilih jurulatih yang bijak membaca perlawanan.Jangan seperti sekarang pemain simpanan boleh dijadikan simpanan tetap untuk selama-lamanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Masaknya Padi. All rights reserved.
Blogger Template by