Baru-baru
ini semua kakitangan kerajaan telah mendapat keputusan sama ada mereka mendapat
pengiktirafan daripada majikan masing – masing. Kepada yang dapat adakalanya
buat-buat terkejut dan tidak menyangka bahawa mereka layak untuk mendapat
anugerah berkenaan. Bagi yang tidak dapat pula pelbagai reaksi mula ditunjukkan
ada yang redho, ada yang merasakan bukan orang yang sepatutnya yang dapat
anugerah tersebut, ada yang mula mengungkit semula kerja yang telah dilakukan
dengan alasan kerja mereka langsung tidak dihargai oleh pentadbir.Beribu-ribu
lagi alasan boleh disenaraikan apa pun kepada yang belum dapat cubalah refleksi
adakah anda mengamalkan petua-petua ini.
1.
Jika anda
masuk ke dalam pejabat anda mestilah :
a.
Tanya dengan
kuat kepada kerani agar boleh didengari oleh pentadbir contohnya “kak kertas
warna ada tak” saya nak buat carta organisasi , saya dah buat yang lain tinggal
yang ni, pegawai atasan pun suruh buat , saya kena siapkan sebelum …. . “. Anda
akan dilihat peka dengan kerja, dan seorang yang mempunyai semangat yang
tinggi.
2.
Jika anda
bertemu pentadbir sentiasa luahkan kebimbangan tentang hasil
kerja anda. Anda akan dilihat rajin. Contoh kalau seorang guru “ Cikgu
saya bimbang betul.. , macam mana ni.. tambah sikit lagi dok buat kelas
tambahan pun budak-budak ni tak mau
mai.. semalam atau hari cuti baru ni saya buat tuisyen 10 orang saja yang
mai.. . Insyaallah anda telah Berjaya
menembak dua ekor burung sekaligus pertama prihatin kedua sangat rajin.
3.
Jika anda
berada di sesuatu majlis seperti perhimpunan atau mesyuarat sentiasakanlah
ceritakan program yang telah dan akan diadakan walaupun program tersebut akan
dibuat di akhir tahun nanti.Kalau tak
adapun beritahulah apa-apa maklumat walaupun ianya tidaklah penting sangat.Anda
akan dilihat seorang yang sentiasa berkerja tanpa jemu.
4.
Jika ada
majlis duduklah dihadapan atau tempat yang membolehkan mereka merasai kehadiran
anda.senyumlah dengan secantiknya agar anda dilihat seorang pengikut yang paling
setia. Kalau boleh berlatihlah cara senyum di cermin setelah perhatikan senyum
golongan yang telah dapat anugerah berkali-kali.
5.
Petua yang
kelima ini paling penting sekali.Jangan sekali-kali tunjukkan sebarang
percanggahan pendapat dengan bos anda.Tunjukkan bahawa andalah orang yang
paling dihadapan sekali dalam melaksanakan segala misi dan visi bos anda.Perlu
diingatkan juga membangkang atau menunjukkan kecerdikan melebihi bos anda juga
perlu anda hindari lebih-lebih lagi bos anda itu orang yang terlajak veteran
dari anda.
6.
Petua ini
agak bodoh dan konvensional namun kadang-kadang agak menjadi kalau ada
buah-buahan ke.. atau apa-apa yang agak patut jangan lupa berilah kepada penilai lagi bagus kalau kata buah ni
buah sulung ke…, buah dari pokok yang terbaik ke.. atau apa-apa dengan niat ‘
inilah sahaja ampuku buat bosku tahun ini…… ‘
Demikianlah beberapa petua yang
sememangnya sangat menjadi jika diamalkan. Cuma persoalannya adakah anda adalah
orang yang benar-benar layak atau anda yang berusaha menampakkan bahawa andalah
yang paling layak pada sisi pandangan seorang manusia yang sememangnya agak
kelam lebih-lebih lagi jika penilai itu cetek ilmunya, ego sifatnya, pendendam
pegangannya serta dinaikkan pangkat sehingga penjadi penilaipun cuma atas kapasiti kebolehan dan kekuatan
sebagai seorang pegampu tulen yang ada padanya.Kata orang tua-tua “ bapa
borek anak rintik”.Kepada yang ada prinsip dan bertanggungjawab elakkanlah
petua ini dari diamalkan jika niatnya semata-mata untuk diiktiraf oleh manusia kerana
manusia itu jika cetek ilmunya, lemah firasatnya,serta kebanyakkannya malas
meneroka sendiri kegiatan orang bawahannya. Merekaini tak ubah macam cerita Si
Buta dan gajah.
0 comments:
Post a Comment