Monday, October 15, 2012

PETUA UNTUK MENDAPAT ANUGERAH CEMERLANG DUNIA



           

            Baru-baru ini semua kakitangan kerajaan telah mendapat keputusan sama ada mereka mendapat pengiktirafan daripada majikan masing – masing. Kepada yang dapat adakalanya buat-buat terkejut dan tidak menyangka bahawa mereka layak untuk mendapat anugerah berkenaan. Bagi yang tidak dapat pula pelbagai reaksi mula ditunjukkan ada yang redho, ada yang merasakan bukan orang yang sepatutnya yang dapat anugerah tersebut, ada yang mula mengungkit semula kerja yang telah dilakukan dengan alasan kerja mereka langsung tidak dihargai oleh pentadbir.Beribu-ribu lagi alasan boleh disenaraikan apa pun kepada yang belum dapat cubalah refleksi adakah anda mengamalkan petua-petua ini.
1.      Jika anda masuk ke dalam pejabat anda mestilah :
a.      Tanya dengan kuat kepada kerani agar boleh didengari oleh pentadbir contohnya “kak kertas warna ada tak” saya nak buat carta organisasi , saya dah buat yang lain tinggal yang ni, pegawai atasan pun suruh buat , saya kena siapkan sebelum …. . “. Anda akan dilihat peka dengan kerja, dan seorang yang mempunyai semangat yang tinggi.
2.      Jika anda bertemu pentadbir sentiasa luahkan kebimbangan tentang  hasil  kerja anda. Anda akan dilihat rajin. Contoh kalau seorang guru “ Cikgu saya bimbang betul.. , macam mana ni.. tambah sikit lagi dok buat kelas tambahan pun  budak-budak ni tak mau mai.. semalam atau hari cuti baru ni saya buat tuisyen 10 orang saja yang mai..  . Insyaallah anda telah Berjaya menembak dua ekor burung sekaligus pertama prihatin kedua sangat rajin.
3.      Jika anda berada di sesuatu majlis seperti perhimpunan atau mesyuarat sentiasakanlah ceritakan program yang telah dan akan diadakan walaupun program tersebut akan dibuat di akhir tahun  nanti.Kalau tak adapun beritahulah apa-apa maklumat walaupun ianya tidaklah penting sangat.Anda akan dilihat seorang yang sentiasa berkerja tanpa jemu.
4.      Jika ada majlis duduklah dihadapan atau tempat yang membolehkan mereka merasai kehadiran anda.senyumlah dengan secantiknya agar anda dilihat seorang pengikut yang paling setia. Kalau boleh berlatihlah cara senyum di cermin setelah perhatikan senyum golongan yang telah dapat anugerah berkali-kali.
5.      Petua yang kelima ini paling penting sekali.Jangan sekali-kali tunjukkan sebarang percanggahan pendapat dengan bos anda.Tunjukkan bahawa andalah orang yang paling dihadapan sekali dalam melaksanakan segala misi dan visi bos anda.Perlu diingatkan juga membangkang atau menunjukkan kecerdikan melebihi bos anda juga perlu anda hindari lebih-lebih lagi bos anda itu orang yang terlajak veteran dari anda.
6.      Petua ini agak bodoh dan konvensional namun kadang-kadang agak menjadi kalau ada buah-buahan ke.. atau apa-apa yang agak patut jangan lupa berilah  kepada penilai lagi bagus kalau kata buah ni buah sulung ke…, buah dari pokok yang terbaik ke.. atau apa-apa dengan niat ‘ inilah sahaja ampuku buat bosku tahun ini…… ‘

Demikianlah beberapa petua yang sememangnya sangat menjadi jika diamalkan. Cuma persoalannya adakah anda adalah orang yang benar-benar layak atau anda yang berusaha menampakkan bahawa andalah yang paling layak pada sisi pandangan seorang manusia yang sememangnya agak kelam lebih-lebih lagi jika penilai itu cetek ilmunya, ego sifatnya, pendendam pegangannya serta dinaikkan pangkat sehingga penjadi penilaipun  cuma atas kapasiti kebolehan dan kekuatan sebagai seorang pegampu tulen yang ada padanya.Kata orang tua-tua “ bapa borek anak rintik”.Kepada yang ada prinsip dan bertanggungjawab elakkanlah petua ini dari diamalkan jika niatnya semata-mata untuk diiktiraf oleh manusia kerana manusia itu jika cetek ilmunya, lemah firasatnya,serta kebanyakkannya malas meneroka sendiri kegiatan orang bawahannya. Merekaini tak ubah macam cerita Si Buta dan gajah.

            Kepada para penilai pula ingatlah kesan penilaian anda adakah anda telah benar-benar membuat penilaian sebenar berdasarkan anugerah pertimbangan kewarasan minda yang ada setelah meneliti  dari segenap aspek  atau hanya dipengaruhi  emosi semata-mata kerana anda hanya penilai sementara sahaja Yang Maha Menilai pasti bukan sahaja menilai anda bahkan menilai apa yang telah anda nilaikan.Kegagalan anda dalam membuat penilaian akan menyebabkan orang yang dinilai teraniaya lebih malang lagi jika kegagalan anda itu disusuli pula dengan anda mengkambinghitamkan orang lain untuk kepentingan sendiri.Seandainya menganiaya orang lain benar benar mengembirakan lagi memuaskan nafsu serakah anda itu. Ingatlah dan takutlah pada doa orang-orang yang teraniaya… Kata orang yang bijaksana buat baik tak akan rugi sebab ular yang menyusur akar manakan hilang bisanya, benih yang baik jika jatuh ke laut menjadi pulau  sebaliknya benih yang jahat pula jika jatuh ke air menjadi tuba memusnahkan hidupan air hingga akhirnya menjadi pupus seperti kebanyakkan sungai-sungai yang ada kini.
  

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Masaknya Padi. All rights reserved.
Blogger Template by