Monday, December 3, 2012

Mutiara Kata

Memindahkan Ilmu Dalam Bentuk Penulisan (Hamka)

“Jika seseorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, secara semula jadi akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dalam bentuk penulisan.”
(Hamka)
Read more...

Minggu, Maret 22, 2009

Pusara Di Hati

"Ketika kita mati, jangan cari pusara kita di bumi, tetapi carilah di hati manusia."
(Jalaluddin Rumi)
Read more...

Sabtu, Maret 14, 2009

Selagi Usia Masih Ada... (Ibnu Haitham)

"Selagi usia masih ada dan aku boleh melakukan kegiatan ilmiah tersebut dengan mengerah seluruh tenaga dan kekuatan, tiga perkara yang aku harapkan:

Pertama: Semoga boleh membantu dan memberi kebaikan kepada orang yang mencari kebenaran, seterusnya dia boleh memanfaatkannya sama ada aku masih hidup atau selepas aku mati.

Kedua: Aku menjadikan perkara tersebut sebagai suatu usaha untuk menyatakan perkara-perkara yang timbul di dalam pemikiran aku setelah diteliti secara mendalam mengenai ilmu-ilmu tersebut.

Ketiga: Aku menjadikannya sebagai bekalan dan persiapan untuk hari tua."

(Ibnu Haitham)
Read more...

Sabtu, Januari 17, 2009

Kalau Tiada Orang Mahu Mendengar Kalam Bicara Dakwahmu...

"Kalau tiada orang yang mahu mendengar kalam bicara dakwahmu, teruskan juga menyampaikan kerana seluruh alam memahaminya. Malah seluruh alam gembira mendengar dan menyahut kalam-kalam yang mengagungkan Tuhan."

(Badiuzzaman Said Nursi)
Read more...

Jumat, Desember 26, 2008

Mencungkil Rahsia Buku

"Buku itu tidak dapat dicungkil rahsia yang terpendam di dalamnya melainkan setelah dibaca habis kesemuanya."

(Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah)
Read more...

Selasa, Desember 23, 2008

Cintailah Orang Soleh

"Cintailah orang soleh, kerana mereka memiliki kesolehannya, cintailah Nabi Muhammad s.a.w., kerana dia kekasih Allah SWT dan cintailah Allah SWT, kerana dia kecintaan Nabi dan orang soleh."

(Imam Syafie)
Read more...

Senin, Desember 22, 2008

Nasihat Imam Ahmad bin Hanbal


Read more...

Minggu, Agustus 03, 2008

"Bila Rasa Mengantuk Itu Sangat Mendesak...Akupun Minum Secangkir..."


“Aku pulang ke rumah dan meletakkan lampu di hadapanku, lalu terus membaca dan mengarang. Bila rasa mengantuk itu sangat mendesak, atau badanku terasa letih sekali, maka akupun minum secangkir hingga timbul kembali kesegaranku dan aku teruskan membaca lagi. Tetapi jika mengantuk tak tertahankan, aku lalu tidur dan biasanya aku bermimpi tentang soal-soal yang belum selesai dalam fikiranku. Di dalam mimpi itu, kebanyakan soal-soal itu biasanya menjadi terang masalahnya.”(Ibnu Sina)
Read more...

Kamis, Juli 24, 2008

Belia Islam, Ilmu dan Rohani Yang Mantap



“Belia-belia Islam yang bakal memimpin umat pada masa akan datang sangat perlu diisikan dengan ilmu, tazkiyah ruhiyyah, semangat juang dan sifat zuhud dari dunia. Kalau tidak, akan dibimbangi mereka akan kecundang dalam menghadapi cabaran akhir zaman. Kepetahan lidah dalam berucap dan keluasan ilmu belum dapat memberi kesan yang terbaik kalau tidak disertai dengan kekuatan rohani yang mantap.”
(Syeikh Abul Hasan Ali Nadwi)
Read more...

Minggu, Juli 20, 2008

Insan Berjasa Dilupakan Semasa Hidup, Dikenang Setelah Mati

“Barangsiapa yang telah menanam jasa, satu saat kelak dia akan beroleh hasil dari jasanya itu. Kemuliaan akan menjadi pengiringnya ke mana pun dia pergi. Kalau orang yang sama hidup dengan dia melupakan, namun setelah matinya orang yang kemudian akan membongkar kemuliaan itu kembali dan menyatakannya ke muka khalayak. Orang yang berjasa tidak boleh gamang dan kecewa jika di masa hidupnya dilupakan orang. Orang tidak boleh menyesal jika tinggal di sebuah gubuk yang buruk. Tidak boleh kecewa jika makan minumnya dan pakaiannya tidak semewah orang lain. Sebab kelak buah tangannya akan menjadi modal kemajuan angkatan yang akan datang.”
(Hamka)

Read more...

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Masaknya Padi. All rights reserved.
Blogger Template by