Sunday, March 10, 2013
Ke mana perginya air mandian jenazah Rasulullah?
Kisah Yang Sangat Mengagumkan Berkenaan Syeikh Mutawalli Sya’rawi Rahimahullah
Pada masa dahulu, suatu
muktamar Islami yang menghimpunkan para ulama’ muslimin telah dijalankan
dalam tempoh selama seminggu. Syeikh Sya’rawi adalah di antara tokoh
ulama’ Mesir yang dijemput untuk meghadiri muktamar tersebut.
Pada hari pertama
muktamar, Syeikh Sya’rawi telah melihat pada diri pengerusi muktamar
tersebut yang juga merupakan seorang ulama’ suatu perubahan besar dari
segi keilmuannya dan makrifah yang tidak ada pada masa-masa sebelumnya.
Lalu, syeikh bangun menuju ke podium dan berkata, “Aku akan mengajukan
suatu soalan kepada kamu dan aku inginkan jawapannya. Soalannya ialah :
Ke manakah perginya air mandian jasad Rasulullah SAW?”. Iaitu yang
dimaksudkan beliau ialah air yang digunakan ketika dimandikan jenazah
Baginda SAW.
Akan tetapi apabila
soalan itu diajukan, tidak ada sesiapa yang menjawabnya. Semua orang
senyap dan berdiam diri kerana tidak tahu akan jawapannya. Pengerusi
muktamar itu juga merasa sangat terkejut dengan soalan tersebut dan
mengatakan dalam dirinya, “Bagaimana aku tidak mengetahui akan jawapan
soalan ini?”. Lalu beliau mengambil jalan keluar daripada persoalan ini
dengan mengatakan, “Berikan kami peluang masa, kami akan jawab soalan
kamu pada pertemuan esok insyaAllah”.
Maka beliau pun pulang
ke rumahnya dan tidak melakukan apa-apa selain daripada terus memasuki
perpustakaan khasnya untuk mencari, meneliti dan membelek kitab-kitab
bagi mencari jawapan kepada persoalan itu. Beliau telah menghabiskan
masa yang lama dalam pencariannya, hingga diselubungi keletihan dan
akhirnya terlelap tidur di atas kitab yang dibacanya.
Ketika ulama’ itu tidur,
Rasulullah SAW telah datang bertemunya dalam mimpi dan bersama baginda
seorang lelaki yang memegang sebuah lampu pelita. Maka dengan segera
beliau menuju kepada Rasulullah SAW dan bertanya, “Ya Rasulullah, ke
manakah perginya air mandian jasadmu?”. Lalu Baginda SAW mengisyaratkan
kepada lelaki pemegang lampu pelita yang berada di sisinya (supaya
menjawab soalan itu). Kemudian lelaki itu pun menjawab, “Air mandian
Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke bumi dalam
bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di tempat itu
masjid”.
Maka, terjagalah beliau
daripada tidurnya dalam keadaan yang sangat gembira kerana telah
mengetahui jawapan kepada persoalan tersebut.
Keesokkan harinya,
pengerusi muktamar itu hadir untuk hari kedua dan menunggu persoalan
yang telah dilontarkan oleh Syeikh Sya’rawi untuk diutarakan semula.
Akan tetapi syeikh tidak bertanya. Di hujung muktamar pada hari kedua,
akhirnya beliau bangun dan berkata kepada syeikh Sya’rawi, “Kelmarin
kamu telah bertanyakan satu soalan. Adakah kamu ingin mengetahui
jawapannya?”.
Syeikh berkata : “Adakah kamu mengetahui jawapannya?”.
Beliau menjawab : “Ya”.
Syeikh bertanya : “Maka ke manakah perginya air mandian Rasulullah SAW?”.
Beliau menjawab : “Air
mandian Rasulullah SAW menyejat naik ke langit dan kemudian turun ke
bumi dalam bentuk hujan. Setiap titisannya yang jatuh ke bumi, dibina di
tempat itu masjid”.
Syeikh bertanya lagi : “Bagaimana kamu mengetahuinya?”.
Beliau menjawab : “Rasulullah SAW telah datang kepadaku dalam mimpi (memberitahukan jawapannya)”.
Syeikh berkata : “Bahkan seorang lelaki yang memegang lampu pelita yang menjawab kepada kamu”.
Maka ulama’ itu terus merasa terperanjat dan terpegun, lalu bertanya, “Bagaimana kamu mengetahui perkara itu?”.
Lalu Syeikh Sya’rawi
menjawab bahawa beliaulah lelaki yang memegang lampu pelita yang berada
di sisi Rasulullah SAW dalam mimpi ulama’ itu.
Peristiwa ini telah
memberikan kesan yang cukup mendalam kepada para hadirin dalam muktamar
tersebut dan memeranjatkan semua orang. Hal ini menunjukkan kedudukan
maqam yang tinggi beliau di sisi Allah Taala dan RasulNya.
Sumber dari suatuperjalananmaya.com
(disalin terus dari blog detik Islam)
0 comments:
Post a Comment