Friday, March 15, 2013
[U]فوائدالقيلولة الصحيحة[/u]
قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.
Maksud Hadis:
syaitan tidak
melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan
Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan
memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan
ibadat dengan sempurna sepanjang hari.
Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)
Apa itu Qailulah ?
Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.
Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?
Mengikut pengalaman
mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah
antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga
dilakukan selepas Zohor.
Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?
Mengikut kajian, 1 minit
Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu
malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh
bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.
Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.
Orang barat memanggil
Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari
pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari
dapat mengelakkan penyakit jantung.
Menurut kajian lagi,
manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan
bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu
subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga.
Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan
pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.
Menurut mereka yang
istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita
mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita
akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.
0 comments:
Post a Comment