Semalam
menyaksikan malam yang cukup derita buat peminat dan penyokong Kedah. Apa
tidaknya mendahului 2-0 tiba-tiba di separuh masa kedua Kelantan bangkit dengan
membalas jaringan yang sama.Separuh masa pertama menyaksikan nKedah bermain cukup
baik dengan serangan demi serangan yanhg cukup membahayakan.begitu juga barisan
pertahanan kukuh mempertahan kota mereka.Namun pada separuh masa kedua
segala-galanya berubah kesilapan demi kesilapan bodoh dilakukukan hingga
mengakibatkan kita dibolosi.Kedah sememangnya pasukan yang sering kalah dengan
mengulang skrip yang sama.Pertahanan yang leka membiarkan Obinna menanduk
dengan bebas tanpa gangguan manakala pertahanannya sibuk pakat nak jadi penjaga
gol.Gol kedua pula disebabkan penjaga gol yang sering hilang focus hingga
mengakibatkan berlakunya kesilapan yang
tidak patut dilakukan terutamanya penjaga gol yang berpengalaman.Helmi tidak
perlu keluar meluru kerana masih ada pemain pertahanan di hadapannya.Kalau ini
tidak terjadi pasti bola yang disepak Mohamad Ghaddar tidak akan menerjah
jaring.Sepakannya lemah pasti boleh diselamatkan.
Helmi sememangnya penjaga gol
yang memiliki kemahiran yang baik namun sering melakukan kesilapan bodoh.Inilah
masalah beliau.kesilapan ini dapat dilihat sewaktu mewakili Negara suatu ketika
dahulu, perlawanan Kedah dan Kelantan dalam liga Super ketika dipermainkan oleh
penyerang import Kelantan menyebabkan Kedah tewas teruk.
Kelemahan jurulatih juga menjadi
factor kegagalan Kedah.Wan Jamak dilihat gagal membaca perlawanan, menilai
pemain dan ketika menggunakan strategi sesuai.Beliau patut tahu Kelantan adalah
pasukan yang sentiasa menyerang lebih-lebih lagi ketika mereka tidak
diancam.Peluang ketika Kedah bertahan digunakan sepenuhnya Kelantan dengan
memanfaatkan kelebihan yang ada.Hasilnya Kedah berputih mata.Jika dibandingkan
dengan pasukan Kelantan Kedah mempunyai banyak kelemahan terutamanya keupayaan
pemainnya.Kemasukan Fikri mengantikan Amar mnyebabkan kehancuran jentera
tengah. Tengah menjadi kosong didominasi sepenuhnya oleh Kelantan.Pertukaran
Sabri Abu dengan Fazal juga merupakan langkah yang kurang bijak.Sabri yang
bermain begitu cemerlang semalam tidak harus digantikan apakah Wan Jamak nak
simpan Sabri untuk Final?Layakkah ?Yakin sungguh beliau.Import Kedah semalam
yang tidak bermaya melengkapkan lagi episode sedih ini.
Pendek kata kalau kedah nak
menang kena keluar duit sikit belanja cari pemain yang baik-baik,pilih
jurulatih yang bijak membaca perlawanan.Jangan seperti sekarang pemain simpanan
boleh dijadikan simpanan tetap untuk selama-lamanya.
0 comments:
Post a Comment