Thursday, May 31, 2012

sejarah-kesatuan-dunia-berbahasa-melayu.


King Kalākaua of Hawai'i--an independent kingdom at that time-- founded one of the earliest nationalist newspapers in the Pacific. Ka Hōkū o Ka Pakīkīpa (The Star of the Pacific), which as the name suggest was nationalistic, progressive and Pan-Pacific. In 1879, he authored a bill in the Hawaiian parliament--the first democratically elected national parliament in Austronesia--to formally declare Hawai'i as an Asiatic Malay state and went around the world in 1881 making visits to Japan, China, Malaysia, Singapore, Thailand, and India. King Kalākaua through discussions with Maharajah Sultan Abubakar bin Tuan Ibrahim of Johor, Malaysia, began to formulate the idea of "Pan-Malay Unity" and discussed the idea of a federation to combat colonialism.---tamat. Sejarah kesatuan “Dunia Berbahasa Melayu” http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0918&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm KISAH fenomena Melayu bersambung. Telah dinyatakan adanya: Realisasi yang paling nyata daripada mimpi lama ialah wujudnya kesatuan “Dunia Berbahasa Melayu” ya ng harus diperteguhkan. Demikian disuarakan oleh Profesor Ismail Hussein dalam syarahan perdana di Universiti Kebangsaan Malaysia pada suatu masa lampau ketika menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan UKM pada bulan Mei 1970. Selanjutnya dihuraikan: Semenanjung Melayu adalah satu-satunya daerah di bumi Ilahi ini yang mengambil nama “Melayu”. Ini tanah asal bahasa dan kebudayaan Melayu yang intim di samping “Tanah Melayu” yang lain, iaitu pantai timur dan selatan Sumatera. Semenanjung Melayu ditakdirkan terletak antara benua dan kepulauan, ia seolah-olah dikepung oleh Dunia Melayu yang cukup berbeza sejarahnya, yang satu telah mengalami kekalahan, yang lain sedang menuju kemenangan. Sempadan Dunia Melayu yang di benua, iaitu di antara dahulunya merangkumi selatan Vietnam dan Kemboja dan juga seluruh wilayah segenting kara hinggalah ke daerah Selatan Burma. Dunia Melayu yang di selatan berkembang, gagah sebagai negara-negara kebangsaan yang baru, iaitu Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina. Bangsa Melayu di Malaysia yang terkepung di tengah dua dunia itu, hidup terumbang-ambing antara kekalahan dan kemenangan dan memberikannya dinamik yang luar biasa. Dicatatkan oleh Ismail Hussein selanjutnya ialah beberapa peristiwa berkaitan dengan dunia Melayu: * Dalam tahun 1879 Parlimen Hawaii di Honolulu telah membincangkan kemungkinan penyatuan Dunia Melayu-Polinesia yang luas. * Sembilan tahun selepasnya (1898) Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya” dengan gagasan yang sama. * Muncul di Filipina ialah wiranya yang terbilang, Jose Rizal yang diberi nama jolokan “The Pride of the Malay Race” atau “The Great Malayan”. * Berikutan ialah peranan Wancelao Vinzons yang menyampaikan pidato bersejarah “Malaysia Irredenta” yang memaparkan mimpi penyatuan seluruh bangsa Melayu - Polinesia. Waktu itu beliau berusia 22 tahun dan seorang pemuja Rizal. Beliau selanjutnya mengarang buku mengenai “History and civilization of Southeast Asian countries belonging to the Malay race”. Di samping itu di Indonesia ialah peranan Muhammad Yamin, berasal dari Talawi. sebuah kampung kecil di Sumatera Barat. Menurutnya “Selat Melaka ialah corong kepulauan kita, Malaya ialah batang leher kepulauan Indonesia daerah yang delapan. Menceraikan Malaya dari Indonesia dalam perhubungan internasional”. Keagamaan Pada peringkat akhir syarahan perdananya Ismail Hussein menyebut: Dunia Melayu ini penuh keragaman dari segi keagamaan, kebudayaan, kesenian serta adat resam, tetapi di bawah keragamannya itu selalu terasa ada kesatuan yang mengikutnya”. Dalam kertas kerjanya pula berjudul The Study of Malay Literature, Ismail Hussein menyebut mengenai kira-kira 2,000 manuskrip asli Melayu dihantar ke Eropah kebanyakannya untuk perpustakaan-perpustakaan Inggeris dan Belanda. Lanjutan kisah ialah karya berjudul Malay, World Language of the Ages oleh Profesor James T. Collins, yang mengkaji bahasa dan pelbagai loghat Melayu di seluruh Asia Tenggara. Beliau menyebut antara lain mengenai kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 memeluk agama Islam. Ketika itu Melaka mempunyai kira-kira 200,000 penduduk dan berupa kota terbesar di Asia Tenggara. Kerana kaitan dengan Islam, tulisan Jawi menjadi bahan utama penulisan Melayu. Pada 10 Ogos 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis yang kemudian meranapkan masjid-masjid serta istana-istana untuk mengubah segalanya. Namun, pada tahun 1522 kamus Melayu terbit hasil usaha seorang peniaga bangsa Itali, bernama Antonio Pigafetta. Antara contoh kata-kata: Melayu 1522, Apenomaito?, Tida tahoSudah Macan, Melayu 1996, Apa nama tu?, Tidak tahu, Sudah makan?, Melayu 1534, Baparim de Pungor, Ange’ dia malu, Sita pa tau dor, Melayu 1996, Berperang di Punggur, Nggak dia malu, Setapak tak undur. Juga catat ialah surat tulisan Jawi dari Sultan Brunei pada tahun 1599 kepada Gabenor Manila setelah diserang oleh tentera Sepanyol. Surat tersebut masih disimpan di Sepanyol. Mendapat perhatian ialah peranan seorang Paderi Kristian, Francisco Javier di Melaka setiba pada tahun 1545. Beliau mempelajari bahasa Melayu hingga boleh menterjemah ayat-ayat sembahyang penganut Katolik. Beliau mengadakan pelajaran-pelajaran agama Kristian dalam bahasa Melayu. Pada tahun 1632, bahasa Melayu digunakan dalam mahkamah-mahkamah pemerintahan Belanda di Ambon. Seorang bangsa Maluku beragama Kristian, Jan Paijs menjadi petugas mahkamah menulis kenyataan-kenyataan dalam bahasa Melayu tulisan rumi. Surat-surat berumur 364 tahun itu masih disimpan di negeri Belanda. Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca di Batavia semasa pemerintahan Belanda. Pada tahun 1856, suratkhabar bahasa Melayu terbit di Surabaya untuk keperluan ahli-ahli perniagaan. Menjelang akhir abad ke-19, akhbar-akhbar Jawi dan Rumi terbit dipelbagai tempat Gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archiplago). Semasa tentera Jepun menyerang dan menewaskan bala tentera British di Malaya dulu, pegawai-pegawai tentera Jepun membawa kamus Malay-English susunan Wilkinson, tulisan Rumi. Menurut Profesor Collins, sepanjang sejarah 1,300 tahun bahasa Melayu telah menerima kata-kata bahasa Arab, Sanskrit, Portugis dan Belanda. p/s Selak buku sejarah sekolah,siapa yang menamakan tanah melayu ini dengan nama Malaysia? Sekadar memberitahu bahawa nama Malaysia sudah di gunakan sebelum Merdeka lagi. (sejarah yang di pesongkan)sedangkan Filipina juga pernah menuntut nama Malaysia ini.

Sumber dari: http://kiff-isme.blogspot.com/2012/04/sejarah-kesatuan-dunia-berbahasa-melayu.html

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Masaknya Padi. All rights reserved.
Blogger Template by